Kenali Apa Itu Bill of Quantity – Elemen Penting Dalam Pra-Pembinaan

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Apabila ingin membina sebuah rumah, setiap skop kerja, jenis, kuantiti dan harga bahan perlu ditetapkan di dalam sebuah dokumen yang dikenali sebagai Bill of Quantity (Kadang kala dipanggil ‘BoQ’ atau ‘BQ’).

Definisi

BQ adalah dokumen yang disediakan sebelum sebarang pembinaan dibuat bagi memberikan perincian seperti skop, kuantiti dan harga yang boleh diekstrak dari Pelan ataupun spesifikasi dari projek tersebut.

Unit Dalam BQ:

Kuantiti boleh dikira dengan nombor, panjang, keluasan, isi padu, berat atau masa.

Menyediakan sebuah dokumen BQ memerlukan rekaan yang lengkap dan spesifikasi yang telah disediakan oleh pihak arkitek.

Fungsi

1. Sebut Harga Kontraktor

BQ ini juga digunakan untuk mendapatkan sebut harga dari kontraktor supaya mereka boleh membuat kira-kira untuk menjalankan kerja yang diminta.

Ia memudahkan anda untuk mendapatkan harga yang kompetitif daripada para kontraktor dan juga memudahkan pihak kontraktor untuk memberi sebut harga kerana tidak perlu untuk buat sebarang andaian.

2. Pemilihan Harga Terbaik

Anda akan mempunyai kelebihan untuk mendapatkan harga yang murah kerana setiap spesifikasi dan kuantiti telah ditetapkan sama rata pada ke semua kontraktor.

Walaubagaimanapun, anda perlu teliti setiap sebut harga yang anda dapat supaya mereka memberi quotation yang betul. Bukan semata-mata untuk dapatkan projek sahaja.

Cara terbaik untuk lakukan perbandingan adalah dengan menggunakan BQ yang asal dan tambah column di tepi, sekiranya anda menggunakan Excel, dan masukkan harga yang kontraktor itu berikan. Sekiranya anda meminta lebih dari satu kontraktor, maka tambah beberapa column yang lain untuk anda isi quotation mereka.

3. Nampak Gambaran Keseluruhan Kos yang Bakal Ditanggung

Perbandingan ini memberi anda gambaran keseluruhan berapakah harga pasaran untuk projek bina rumah anda. Setelah anda berpuas hati dengan perbandingan tersebut, kini anda perlu menghubungi setiap satu kontraktor tersebut untuk berbincang atau nego harga yang mereka berikan itu.

Selain itu, BQ juga:

  • Memperkuatkan Perjanjian Bina Rumah dengan Kontraktor pilihan.
  • Memberi harga per unit sebagai rujukan sekiranya mempunyai variasi.
  • Memberi tempat rujukan untuk pembayaran secara progresif

Standard BQ

Sangat-sangat penting untuk sebuah BQ dihasilkan mengikut standard yang telah ditetapkan khususnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Ini membatu mengelakkan sebarang ketidak-jelasan atau kesalahfahaman dan membantu mengelak sebarang isu apabila berlaku sebarang perubahan pada rekaan rumah ketika projek sudah berjalan.

Di Malaysia, BQ untuk pembinaan rumah adalah mengikut Malaysian Civil Engineering Standard Method of Measurement (MyCESMM) dan Standard Methods of Measurement(MOM). Lihat gambar di bawah definisi yang diberikan oleh pihak JKR tentang BQ.

Kaedah Pengiraan Kuantiti

BQ boleh disediakan dengan proses yang dipanggil ‘take-off’ yang bermaksud mengenal pasti elemen dalam Pelan Lukisan dan meletakkan kuantiti pada setiap elemen tersebut. .

Pengiraan kuantiti dibuat melalui pelan lukisan yang arkitek hasilkan sama ada dalam bentuk fizikal, PDF atau software seperti AutoCAD atau Revit.

Elemen-elemen ini kemudian ditukar menjadi skop kerja dan pembekalan bahan (Supply and Install) bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kiraan harga.

BQ adalah dokumen yang kritikal bagi kontraktor kerana ia memberi gambaran keseluruhan skop kerja mereka dan memudahkan mereka untuk membuat anggaran kos.

Ini juga memudahkan mereka untuk mencari sub-kontraktor yang lain untuk membantu mereka melaksanakan sebarang tugas berdasarkan kuantiti dan skop dalam BQ.

Isu Pertembungan BQ dan Spesifikasi Yang Lain

Walaubagaimanapun, sekiranya projek anda melibatkan jutaan ringgit, adalah baiknya anda gunakan BQ sebagai tempat untuk kiraan kuantiti sahaja, namun spesifikasi yang lebih mendalam patut diasingkan dan kenali sebagai Specification.

Ini memberikan anda fleksibiliti untuk menyatakan keperluan anda tanpa menimbulkan kekeliruan kepada kontraktor akibat terlampau banyak terma yang ditulis di dalam BQ.

Apa itu bill of quantity - jangan beri orang keliru

Isu akan timbul sekiranya tulisan di dalam BQ adalah berbeza dengan bahagian-bahagian lain yang dinyatakan di dalam surat perjanjian bina rumah.

Sebagai contoh, kemungkinan BQ menyatakan 5 meter dinding di bahagian garaj, tetapi di dalam Pelan Lukisan menyatakan 8 meter. Yang manakah anda patut ikut?

Kebiasaannya, berikut adalah susunan atur apakah yang patut didahului apabila mempunyai pertembungan informasi seperti ini (Ia perlu ditetapkan di dalam surat perjanjian bina rumah anda):

  1. Spesifikasi
  2. Lukisan
  3. BQ
  4. Lain-lain bahagian kontrak

Walaubagaimanapun, susunan di atas tidak tetap dan mungkin berubah bagi setiap pembinaan. Apa yang penting adalah untuk memastikan susunan ini wujud di dalam kontrak anda bersama kontraktor anda.

Apa jadi Kalau Berlaku Pertembungan?

Sekiranya berlaku pertembungan informasi, anda perlu mengambil tanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaiannya, yang juga dikira sebagai perisitiwa yang tidak dapat dijangka yang boleh memberi Extension of Time (EOT) kepada kontraktor. Ini bagi memastikan kontraktor mempunyai masa untuk mengubah haluan dan mengikut spesifikasi yang betul.

Kesimpulan

Apa-apa pun, BQ memainkan peranan yang penting dalam pembinaan rumah idaman anda. Bukan sahaja ia mengelakkan anda ditipu kontraktor dengan skop kerja atau kuantiti bahan yang tidak munasabah, ia memastikan bajet anda sentiasa dikawal pada harga yang minimal. 

Pastikan anda memiliki BQ yang mengikut format yang ditetapkan JKR dan pastikan juga anda kepilkan BQ ini dengan kontrak bersama kontraktor.

Dapatkan Contoh Surat Perjanjian Bina Rumah yang boleh anda gunakan untuk projek pembinaan mahligai anda. 

Ramai yang telah mendapat manfaat daripada surat ini, kini tiba masa untuk anda lindungi diri dari segala kes penipuan kontraktor yang tidak bertanggungjawab.

Anda Ada Persoalan atau Cadangan?

Segala bentuk komen sangat-sangat kami alu-alukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tentang Kami

Kami merealisasikan impian pemilik rumah untuk memiliki rumah yang cantik, selesa didiami dan menjadi simbol kebanggaan dengan memudahkan, mempercepat dan mengurangkan kos pembinaan.

Khas Untuk Anda

Surat Perjanjian Bina Rumah

Elak Ditipu Kontraktor & Projek Rumah Impian Anda Bertukar Menjadi Projek Terbengkalai! —Ratusan Ribu Ringgit Hangus Di Tangan Mereka.

Lindungi Hak Anda Sebagai Pemilik Projek dengan Perjanjian Bina Rumah Dengan Pihak Kontraktor

Apa yang akan anda dapat – Persetujuan harga projek, penentuan skop kerja, pecahan harga quotation, denda lewat siap (Liquidated Ascertained Damage, LAD), tambahan masa projek (Extension of Time, EOT), pembayaran secara progesif (Interim Payment Certificate), tempoh pembaikan kecacatan (Defect Liability Period, DLP), waranti selepas siap, perubahan skop (Variation Order).

Scroll to Top