DIY vs Bayar Kontraktor: Pilihan Mana Yang Lebih Bijak?

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Waktu awal-awal selepas mendapat kunci dari membeli rumah subsale, saya berminat untuk mengubah suai rumah tersebut. Saya ingin memberi sebuah suasana yang saya terbayang sebelum membeli rumah tersebut. Tapi, duit di tangan tidak cukup untuk mengupah orang buatkan, hanya cukup untuk membeli bahan sahaja. Tanpa sebarang pengalaman dalam industri pembinaan, saya pun terjun untuk membeli bahan dan melakukan pengubahsuaian tersebut sendiri.

Hasilnya?

Seperti gambar di bawah.

Pemasangan lantai Vinyl gagal di bilik tidur – Tahun 2011

Jadi..

Persoalannya adakah anda ingin melakukan projek pengubahsuaian atau pembinaan rumah dengan atau tanpa mengupah mana-mana kontraktor?

Pendekatan “do-it yourself’ atau buat sendiri mungkin adalah salah satu cara yang baik dan menjimatkan kos dalam projek seperti ini.

Dengan adanya informasi DIY yang berguna di internet dan bahan-bahan binaan baru yang mesra pengguna kepada kaki-kaki DIY, kini anda mampu untuk melaksanakan projek-projek rumit seperti ini yang sebelumnya dilakukan oleh tukang dan kontraktor berpengalaman sahaja.

Melakukan pengubahsuaian sendiri (DIY) bukan sahaja menjimatkan wang anda tetapi ianya juga dilihat sebagai satu kepuasan kerana anda dapat merasai suasana yang terhasil daripada kerja tangan anda sendiri.

Tetapi adakah pendekatan ”do-it-yourself” yang memerlukan anda membuat semuanya sendiri sememangnya berbaloi?

Kelebihan DIY

Terdapat beberapa kelebihan apabila tidak menggunakan orang tengah—kontraktor—dan menguruskan pengubahsuaian utama atau pembinaan dengan tangan anda sendiri.

1. Jimat Wang

Peluang untuk penjimatan wang dalam pengubahsuaian dan pembinaan rumah ialah motivasi utama di sebalik aktiviti DIY seperti ini.

Sesetengah kerja-kerja DIY boleh menjimatkan anda sejumlah wang yang besar disebabkan kerja-kerja mudah yang kebiasaannya kontraktor akan mengenakan caj yang tinggi padanya. Meskipun begitu, terdapat juga sesetengah situasi di mana penjimatan wang yang anda peroleh adalah sangat minimal.

Apa pun, penjimatan wang adalah perkara yang pasti apabila anda melantik diri sendiri sebagai kontraktor.

Bayangkan, dengan komisen sebanyak 20% diberikan kepada kontraktor untuk penambahan bilik utama yang berharga sekitar RM40,000, anda sudah berupaya menjimatkan RM8,000 jika anda membinanya sendiri.

Wang dari kos penjimatan tersebut boleh diperuntukkan untuk membeli perabot dan perkakas yang lebih mewah dan eksklusif untuk rumah anda. Bukan itu sahaja, wang lebihan tersebut boleh digunakan untuk upgrade rekaan dalaman, membuat penyelenggaraan atau mungkin juga sebagai perbelanjaan kendiri dan keluarga anda.

2. Kawalan Penuh

Tidak kira seberapa banyak janji manis yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk memenuhi kehendak anda, anda pasti akan mengalami sedikit masalah untuk mengawal kontraktor anda.

Walaupun anda mempunyai hubungan baik dengan kontraktor tersebut, terkadang komunikasi antara kedua belah pihak sentiasa mempunyai percanggahan.

Amat penting untuk kita sentiasa beringat bahawa setiap kontraktor mempunyai niat yang paling utama dalam bisnes mereka, iaitu memaksimumkan keuntungan.

Jadi, dengan menjadi kontraktor sendiri, anda mempunyai kebebasan untuk memastikan setiap aspek di dalam projek anda dilakukan mengikut spesifikasi yang anda inginkan.

Kekurangan DIY

Terdapat beberapa kesulitan yang ketara dalam menggalas tanggungjawab sebagai kontraktor sendiri untuk projek pembinaan rumah anda.

Permasalahan ini boleh menjadi serius sehingga ada di antara pemilik rumah yang sampai bersumpah tidak akan melakukan lagi semua kerja-kerja tersebut tanpa melantik mana-mana kontraktor.

1. Hasil Yang Tiada Kualiti Dan Melebihi Bajet

Mungkin kelihatan seperti kontraktor (khususnya Main Contractor) seoalah-olah hanya mengarahkan orang lain untuk melakukan kerja-kerja di tapak binaan sedangkan mereka hanya berdiri dan lihat sahaja.

Walaupun ia ternyata benar, namun pengalaman mereka dalam pemantauan dan menyusun atur jadual pembinaan adalah sangat baik. Ini memastikan kerja-kerja yang dilakukan tidak melebihi masa dan bajet yang telah ditetapkan.

Pengalaman seperti ini tidak mungkin akan anda peroleh sekiranya anda melakukan pembinaan atau pengubahsuaian rumah itu sendiri.

Anda hanya perlu membayar sedikit komisen untuk mem’beli’ pengalaman bertahun-tahun tersebut di dalam dunia kontraktor.

Kontraktor yang mempunyai kenalan dengan juru jubin, juru kayu, juru paip, kontraktor penghawa dingin, landskap, dan pelukis pelan rumah akan memudahkan pengurusan pembahagian tanggungjawab dan lantikan pekerja.

Kontraktor juga mempunyai sumber ekonomi dan bahan-bahan pembinaan yang lebih baik berbanding anda sendiri.

Pembuangan sampah dan buangan pembinaan juga selalunya dikawal selia oleh kontraktor luar yang dilantik, yang anda perlu uruskan sekiranya anda mengambil tanggungjawab sebagai kontraktor sendiri.

2. Kerja Menjadi Lebih Rumit Dari Yang Sepatutnya

Kebanyakkan orang yang berpengalaman sentiasa mengingatkan bahawa pemilik rumah seharusnya mengelak dari menjadi kontraktor sendiri dalam pembinaan dan pengubahsuaian rumah.

Pembinaan rumah memerlukan kerja-kerja penggalian, membuat asas, bingkai, dinding dan atap, pendawaian dan perpaipan, kerja-kerja pemasangan penghawa dingin, dan lain-lain kerja pertukangan yang sebenarnya sama rumit dengan pembinaan keseluruhan rumah dan hanya segelintir pemilik yang sanggup untuk menguruskan semua kerja-kerja tersebut.

3. Melantik Kontraktor Yang Tiada Kualiti

Dengan adanya pengalaman, maka terjalinlah hubungan yang lebih professional.

Kontraktor berpengalaman beroperasi dalam rangkaian sosial secara profesional di mana anda tidak berada di dalam rangkaian tersebut.

Jika anda ke mana-mana pejabat kontraktor selaku pemilik rumah, sebagai contoh, anda akan dapati mereka akan cuba untuk memanipulasi anda dengan pelbagai perkara khususnya yang melibatkan kos. Berbeza jika anda berkunjung sebagai kontraktor berpengalaman, mereka akan lebih terbuka untuk membuat nego kerana sudah tentu, kontraktor tidak akan boleh menipu sesama mereka sendiri.

Pihak berkuasa seperti di Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah biasa berurusan dengan kontraktor yang berpengalaman. Mereka sudah biasa bekerja, berborak dan minum sekali. Hubungan seperti ini juga anda boleh ‘beli’ dan memudahkan pengurusan pembinaan rumah anda.

Sub-kontraktor juga akan cenderung memberi kerjasama kepada kontraktor yang mereka kenali sahaja. Kontraktor yang baik mampu memberi anda lebih banyak leverage dengan jaringan kontraktor-kontraktor yang lain. Lantas, mempertingkatkan kualiti akhir pembinaan rumah anda.

4. Masa Berharga Terbuang

Projek apapun, tidak kira besar atau kecil, ia akan menjadi sukar jika anda bersikap suka melengah-lengahkan masa.

Jika anda membuat pengubahsuaian untuk dapur kedua anda, anda mungkin mempunyai masa yang banyak dan mampu untuk menyiapkannya secara perlahan-lahan.

Tetapi jika anda mengubahsuai satu-satunya dapur anda, masa adalah elemen yang terpenting dan projek tersebut mesti disiapkan dengan segera. Selama mana dapur anda tidak siap dan tidak boleh digunakan, selama itulah anda atau isteri anda tidak dapat memasak untuk keluarga anda.

Tidak hairan sekiranya projek besar seperti ini mampu disiapkan oleh kontraktor berpengalaman dengan mengambil masa hanya beberapa minggu sahaja. Apabila dibandingkan dengan pengurusan oleh pemilik rumah sendiri, ia boleh berlanjutan sehingga beberapa bulan lamanya.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan penjadualan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan ini berjalan dengan baik dari segi peruntukkan masa dan pembahagian kerja. Tetapi anda tidak perlu terlalu risau kerana kontraktor sudah terbiasa untuk melakukan kerja dengan cepat.

Ini disebabkan, semakin lama masa yang mereka habiskan untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan bermaksud semakin sedikit masa yang dapat mereka gunakan untuk projek-projek lain yang boleh mendatangkan keuntungan.

Kesimpulan

Melantik diri anda sebagai kontraktor untuk projek pengubahsuaian atau pembinaan rumah mungkin akan membantu anda menjimatkan puluhan atau ratusan ribu ringgit.

Akan tetapi kadar penjimatan ini datang bersama dengan kos yang perlu ditanggung, seperti tekanan perasaan, pengurusan masa dan kualiti hasil kerja.

Jangan mengambil tanggungjawab ini kecuali anda benar-benar yakin dengan kebolehan anda dan menimbang tara setiap kebaikkan dan keburukannya.

Sekiranya anda memilih untuk melantik syarikat kontraktor bagi kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian anda, pastikan anda tidak terjatuh di dalam perangkap yang mereka letak. Pelajari 10 kesilapan besar yang biasa pemilik rumah seperti anda lakukan dalam melantik mana-mana kontraktor. Ia bukan sahaja bakal menjimatkan bajet anda, malah ia akan membantu merealisasikan impian anda untuk membina rumah tanpa sebarang masalah sepanjang projek berlangsung!

10 Kesilapan Besar Tuan Rumah Buat Apabila Melantik Kontraktor

Muslihat Gelap Yang Kontraktor Cuba Sorok Daripada Anda

Kontraktor nampak baik dan boleh dipercayai? Fikir sekali lagi! Kenali 10 kesilapan yang boleh merugikan anda dan keluarga anda RATUSAN RIBU RINGGIT dengan melantik kontraktor yang salah.

Anda Ada Persoalan atau Cadangan?

Segala bentuk komen sangat-sangat kami alu-alukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tentang Kami

Kami merealisasikan impian pemilik rumah untuk memiliki rumah yang cantik, selesa didiami dan menjadi simbol kebanggaan dengan memudahkan, mempercepat dan mengurangkan kos pembinaan.

Khas Untuk Anda

Surat Perjanjian Bina Rumah

Elak Ditipu Kontraktor & Projek Rumah Impian Anda Bertukar Menjadi Projek Terbengkalai! —Ratusan Ribu Ringgit Hangus Di Tangan Mereka.

Lindungi Hak Anda Sebagai Pemilik Projek dengan Perjanjian Bina Rumah Dengan Pihak Kontraktor

Apa yang akan anda dapat – Persetujuan harga projek, penentuan skop kerja, pecahan harga quotation, denda lewat siap (Liquidated Ascertained Damage, LAD), tambahan masa projek (Extension of Time, EOT), pembayaran secara progesif (Interim Payment Certificate), tempoh pembaikan kecacatan (Defect Liability Period, DLP), waranti selepas siap, perubahan skop (Variation Order).

Scroll to Top