“Eh, Tak Cantiklah, Saya Nak Warna Putihlah, Tolong Tukar Ye.” – Pemilik Rumah Menggali Lubang Sendiri

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Sudah menjadi lumrah manusia untuk mempunyai kreativiti dan kehendak yang berbeza pada waktu yang berbeza.

Pada mulanya cakap warna putih pada dinding cantik apabila dilengkapi dengan wainscoating yang direka ala-ala British.

Keesokannya timbul idea untuk memasang wallpaper ekslusif yang ditempah khas dari negara Italy.

Lusa pula inginkan tema minimal tanpa sebarang corak pada dinding dan dicat dengan warna kelabu cair.

Persoalannya:

Kenapa perkara sebegini berlaku?

Menolak tepi tentang bagaimana otak manusia berfungsi, Pemilik Rumah kebiasaanya tidak mempunyai gambaran yang jelas tentang bagaimana rupa akhir KESELURUHAN rumah yang diinginkan.

Kebiasaannya, mereka hanya menggambarkan betapa cantik sekiranya kabinet dapur berwarna putih dipadankan dengan kitchen hood yang berwarna silver TANPA mengira apakah warna Tiles yang digunakan pada bahagian dapur.

Malangnya:

Kontraktor sudah pasang kabinet dapur dan kini mereka mula untuk pasang Tiles yang telah dipersetujui sejak awal lagi, Pemilik Rumah mula ingin menyuarakan pendapat bahawa:

Tiles yang digunakan tidak sesuai dengan kabinet dapur yang dipasang.

Habis! Alamatnya:

Kontraktor terpaksa membeli Tiles baru bagi memastikan Pemilik berpuas hati dengan binaan akhir.

Tambahan Pada Kos Pembinaan – Pemilik Rumah yang Rugi

TETAPI, apabila berlaku perubahan seperti ini, Kontraktor terpaksa memberi quotation yang baru dan Pemilik harus membayar kos tambahan ini kerana ia dikira sebagai suatu Variasi atau Variation Order (VO).

Makin banyak VO yang dikeluarkan (atas arahan Pemilik), lebih banyak Kos yang terpaksa ditanggung oleh Pemilik. Bukan itu sahaja, perubahan atau tambahan skop seperti ini akan melambat-lambatkan progress penyiapan projek pembinaan rumah tersebut.

Apa Sebenarnya Pemilik Rumah Perlu Buat

Perubahan-perubahan seperti ini boleh dielakkan sekiranya Pemilik membuat persediaan yang lengkap dengan pelan dan rekaan akhir (sama ada bersama arkitek atau membuat rekaan sendiri) sebelum memanggil kontraktor untuk merealisasikannya.

Skop-skop kerja harus dipecah-pecahkan mengikut bahagian rumah dan pastikan setiap skop tersebut merujuk ke pelan rumah yang sama. Ini memastikan setiap skop itu selari dengan rekaan yang telah dipersetujui dan memudahkan kontraktor membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Pastikan setiap spesifikasi khususnya pada bahagian Finishing telah dibincang secara teliti dan mendalam bagi mengelakkan faktor-faktor seperti perubahan skop dan akhirnya tambahan pada kos.

Kesimpulannya, perancangan dalam pembinaan sebuah rumah di atas tanah sendiri adalah kritikal. Silap merancang, anda akan menelan kos ribuan ringgit ketika projek sedang berjalan.

Sekiranya anda tidak pasti apakah langkah-langkah yang patut anda buat sebelum, semasa dan selepas sebuah projek pembinaan, pastikan anda mengikuti artikel kami di:

9 Langkah Penting Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri – Selamatkan Diri Anda Dari Penipuan Kontraktor

Anda Ada Persoalan atau Cadangan?

Segala bentuk komen sangat-sangat kami alu-alukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tentang Kami

Kami merealisasikan impian pemilik rumah untuk memiliki rumah yang cantik, selesa didiami dan menjadi simbol kebanggaan dengan memudahkan, mempercepat dan mengurangkan kos pembinaan.

Khas Untuk Anda

Surat Perjanjian Bina Rumah

Elak Ditipu Kontraktor & Projek Rumah Impian Anda Bertukar Menjadi Projek Terbengkalai! —Ratusan Ribu Ringgit Hangus Di Tangan Mereka.

Lindungi Hak Anda Sebagai Pemilik Projek dengan Perjanjian Bina Rumah Dengan Pihak Kontraktor

Apa yang akan anda dapat – Persetujuan harga projek, penentuan skop kerja, pecahan harga quotation, denda lewat siap (Liquidated Ascertained Damage, LAD), tambahan masa projek (Extension of Time, EOT), pembayaran secara progesif (Interim Payment Certificate), tempoh pembaikan kecacatan (Defect Liability Period, DLP), waranti selepas siap, perubahan skop (Variation Order).

Scroll to Top