Kenali 2 Skop Kerja Ini Sebelum Kontraktor Bina Rumah ‘Permainkan’ Anda

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Bagi anda yang baru dalam bidang ini, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu supaya anda tidak ditipu oleh kontraktor apabila projek pembinaan rumah anda sudah bermula.

Di dalam artikel ini, kita akan berbincang salah satu perkara tersebut iaitu skop kerja dalam pembinaan sebuah rumah. 

Terdapat dua skop penting yang perlu anda tahu iaitu skop kerja Civil dan skop kerja M&E (Mekanical & Electrikal). 

Kedua-dua skop ini memainkan peranan dalam memberikan anda keselesaan dan keselamatan untuk menduduki rumah anda.

Skop Kerja Civil

Skop kerja Civil merangkumi kerja-kerja pembinaan struktur seperti penanaman cerucuk, pembuatan konkrit, pemasangan base slab dan lain-lain kerja menyiapkan struktur. 

Skop ini pada asasnya adalah skop yang akan disiapkan terlebih dahulu sebelum skop-skop kerja M&E bermula.

Penting:

Salah satu elemen penting dalam kerja-kerja civil adalah pembinaan tiang yang dikenali sebagai column. Ia merupakan salah satu bahagian terpenting untuk memberi sokongan kepada keseluruhan rumah anda.

Dikenali juga sebagai super-structure, column bertindak untuk menanggung bebanan yang statik atau dinamik yang dijangka akan memberi impak kepada sebahagian rumah tersebut. Segala bebanan ini kemudiannya dibawa ke foundation dan seterusnya ke tanah. 

Kesilapan yang kecil pada elemen pembinaan seperti ini bukan sahaja akan membawa kerosakan pada struktur rumah anda tetapi juga akan mengancam keselamatan anda dan keluarga anda.

Namun, ramai pemilik rumah yang silap dengan mempercayai sesiapa sahaja boleh membina rumah. 

Pembinaan rumah bukan terhad kepada pemasangan batu bata dan sapu semen pada dinding sahaja, tetapi ia melibatkan kepakaran tertentu yang perlu ada pada sesebuah syarikat kontraktor. Memastikan sesebuah struktur itu kuat, bebas retak dan tidak bergoyang adalah objektif yang perlu dicapai pada setiap binaan.

Oleh itu, kerja-kerja struktur perlu dilakukan oleh kontraktor yang berpengalaman dan bukan orang yang sebarangan. 

Tidak semestinya orang yang pandai membancuh simen itu pandai membina rumah. 

Kepakaran dan ilmu perlu ada dalam menentukan sesebuah struktur itu selamat untuk diduduki atau pun tidak.

Skop Kerja M&E

Setelah kerja-kerja Civil siap atau sudah hampir siap, maka pasukan M&E boleh masuk untuk melalukan kerja mereka.

Skop kerja M&E seperti perpaipan, kumbahan, perwayaran, dan pengudaraan perlu dilakukan oleh kontraktor yang mempunyai kepakaran dalam skop ini.

Kepakaran M&E Yang Paling Penting

Apabila bercakap tentang kepakaran, kepakaran yang paling penting untuk anda pastikan kontraktor M&E anda miliki adalah kepakaran dalam perwayaran atau wiring.

Sememangnya ramai yang pandai buat wiring dalam negara kita ni, tapi tak semua mempunyai sijil yang sah untuk mempraktikkan kepakaran mereka. Sijil memastikan mereka melakukan kerja yang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh badan berkuasa seperti TNB.

Sijil yang dikeluarkan oleh CIDB memastikan peserta mereka kompetan dan layak untuk digelar sebagai Pekerja Mahir kerana mereka didedahkan dengan:

Amalan keselamatan, peraturan-peraturan elektrik, asas elektrik, simbol, susun atur, lukisan elektrik, aksesori elektrik, alat tangan, pemilihan jenis kegunaan / kabel, perlindungan litar dan kegunaannya, sistem pendawaian permukaan elektrik (saluran, penyaluran, penyaluran, dan dulang), pemeriksaan dan ujian prosedur. 

Ke semua ilmu ini tidak boleh didapati hanya dengan praktikal sahaja, ia perlu melalui kelas-kelas yang formal.

Berbalik kepada sistem M&E secara keseluruhannya, sistem seperti perpaipan, kumbahan dan perwayaran perlu mempunyai perbincangan antara kontraktor Civil dan juga M&E supaya tiada pertembungan yang berlaku.

Sebagai contoh, kontraktor M&E perlu beritahu kontraktor Civil untuk pastikan mereka memberikan kontraktor M&E ruang untuk memasang paip dan wayar untuk sistem M&E dalam rumah tersebut.

Pemantauan secara berterusan perlu dibuat bagi memastikan kedua belah pihak dapat bekerjasama dengan baik dan mengelakkan kerja-kerja tambahan yang tidak sepatutnya ada dilakukan.

Kesimpulan

Apa yang kita bincangkan di atas adalah antara skop kerja yang penting dalam pembinaan rumah anda. 

Kedua-dua skop ini merangkumi 80% daripada proses pembinaan rumah anda. Manakala, 20% lagi adalah kerja-kerja tambahan seperti penyambungan sistem elektrik, air dan kumbahan, rekaan dalaman dan luaran dan kerja-kerja pengukuran tanah.

Di sini kami ingin menekankan bahawa sekiranya anda ingin mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa dan dapatkan Certificate of Completion and Compliance (CCC), anda perlu memastikan kontraktor yang anda pilih mampu mematuhi setiap piawaian yang ditetapkan.

Namun, untuk memastikan anda mendapat kontraktor yang mampu menjalankan tugas dengan baik bukan sahaja dari segi kualiti binaan tetapi juga jaminan keselamatan untuk keluarga anda duduki, anda perlu memilih kontraktor yang berkelayakan sahaja untuk membina rumah anda.

Biar anda membayar lebih sedikit untuk mendapatkan kontraktor yang kompetan, asalkan anda mendapat rumah yang selesa dan selamat untuk didiami.

Tersalah pilih kontraktor bukan sahaja mengancam keselamatan anda, tapi bakal mengakibatkan kerugian ribuan ringgit pada akaun bank anda! 

Sekiranya anda tidak ingin melalukan kesilapan dalam melantik kontraktor yang salah, buku sulung kami bertajuk “10 Kesilapan Besar Tuan Rumah Apabila Ingin Melantik Kontraktor!” memastikan anda tidak terjerumus dalam lubang perangkap kontraktor yang berlakon ‘pandai’ di hadapan mata anda.

Nilai yang kami berikan pada buku ini berjumlah RM69 jika anda bandingkan dengan buku-buku di luar sana. 

Tetapi, kami mempunyai misi tersendiri dalam menyelamatkan anda daripada muslihat jahat kontraktor, jadi kami membuat kompilasi kami tersendiri dan ingin memberi anda secara 100% PERCUMA!

Dapatkan sekarang sebelum kami padam tawaran ini buat selama-lamanya!

10 Kesilapan Besar Tuan Rumah Buat Apabila Melantik Kontraktor

Muslihat Gelap Yang Kontraktor Cuba Sorok Daripada Anda

Kontraktor nampak baik dan boleh dipercayai? Fikir sekali lagi! Kenali 10 kesilapan yang boleh merugikan anda dan keluarga anda RATUSAN RIBU RINGGIT dengan melantik kontraktor yang salah.

Anda Ada Persoalan atau Cadangan?

Segala bentuk komen sangat-sangat kami alu-alukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tentang Kami

Kami merealisasikan impian pemilik rumah untuk memiliki rumah yang cantik, selesa didiami dan menjadi simbol kebanggaan dengan memudahkan, mempercepat dan mengurangkan kos pembinaan.

Khas Untuk Anda

Surat Perjanjian Bina Rumah

Elak Ditipu Kontraktor & Projek Rumah Impian Anda Bertukar Menjadi Projek Terbengkalai! —Ratusan Ribu Ringgit Hangus Di Tangan Mereka.

Lindungi Hak Anda Sebagai Pemilik Projek dengan Perjanjian Bina Rumah Dengan Pihak Kontraktor

Apa yang akan anda dapat – Persetujuan harga projek, penentuan skop kerja, pecahan harga quotation, denda lewat siap (Liquidated Ascertained Damage, LAD), tambahan masa projek (Extension of Time, EOT), pembayaran secara progesif (Interim Payment Certificate), tempoh pembaikan kecacatan (Defect Liability Period, DLP), waranti selepas siap, perubahan skop (Variation Order).

Scroll to Top