Kontraktor Berdaftar CIDB? —Adakah Dijamin Selamat?

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Apakah Maksud Kontraktor Berdaftar CIDB?

Di Malaysia, setiap syarikat yang ingin terlibat di dalam industri pembinaan perlu mendaftarkan diri mereka dengan CIDB. 

Kontraktor Berdaftar CIDB adalah kontraktor yang secara rasminya mendaftarkan diri mereka dengan Lembaga (CIDB) yang mengelola dan memantau industri pembinaan di Malaysia.

Malangnya, ramai daripada orang kita yang inginkan harga yang paling minima dan sanggup mengambil kontraktor yang tidak berdaftar dengan CIDB. Jadi, apa akibatnya?

Projek TERBENGKALAI dan Duit DILARIKAN!

Ingin tahu kenapa? Baca artikel ini sehingga habis. Kami akan dedahkan kriteria-kriteria yang wajib setiap kontraktor ada sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan di Malaysia.

Anda ingin tahu cara untuk elak projek terbengkalai? Baca post ini: 9 Langkah KRITIKAL Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Kalau anda ingin projek anda bebas daripada dua perkara di atas, pastikan kontraktor yang anda pilih itu berdaftar dengan CIDB.

Apa itu CIDB?

Construction Industry Development Board atau CIDB adalah badan ditubuhkan oleh Akta Parlimen (Akta 38 dari 2000) untuk memantau pertumbuhan sektor pembinaan di seluruh negara kita. 

CIDB bertanggungjawab dalam:

  • Memantau keperluan industri pembinaan
  • Merancang masa depan industri pembinaan
  • Menyelesaikan isu-isu berkaitan industri pembinaan
  • Menasihat dalam penggubalan polisi industri pembinaan

Semenjak pertubuhan CIDB pada tahun 1995, mereka telah mengambil langkah yang efektif untuk memajukan industri pembinaan di Malaysia.

Dalam jangka masa yang panjang, CIDB bertindak untuk memastikan industri pembinaan di negara kita berkembang pesat dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 

Khususnya dalam memberi fokus kepada kontraktor-kontraktor di dalam negara kita untuk cemerlang dalam perlaksanaan projek pembinaan.

Adakah Kontraktor Patut Berdaftar Dengan CIDB?

Secara undang-undang, setiap kontraktor yang ingin terlibat dalam dunia pembinaan WAJIB berdaftar dengan CIDB. 

Berdasarkan Akta 520 : AKTA  LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN  MALAYSIA 1994 , tiada sesiapun yang boleh menjalankan kerja-kerja pembinaan melainkan berdaftar dengan Lembaga (CIDB) dan memegang perakuan yang sah dari Lembaga tersebut.

Akta 520. Rujuk Di Sini

Di Malaysia, denda sebanyak RM10,000 hingga ke maksimum RM 100,000 di bawah Seksyen 25 akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang melakukan sebarang kerja-kerja pembinaan tanpa berdaftar dengan CIDB. 

Adakah Pendaftaran CIDB Menjamin Kualiti Kontraktor?

Meskipun pendaftaran boleh dibuat secara online sahaja, namun dokumen-dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran adalah sangat terperinci dan merangkumi pelbagai aspek yang penting.

Berdasarkan CIDB, dokumen sokongan yang diperlukan adalah:

  • Sijil akademik(sekiranya ada)
  • Resume FM jika ingin mohon kategori F(sekiranya ada)
  • Sijil Pendaftaran Orang Kompeten (sekiranya ada)
  • Sijil Pendaftaran Agensi (sekiranya ada)
  • Annual Return (sekira permohonan adalah dari syarikat Berhad) – Untuk ROC sahaja @ Annual Return syarikat yang memegang saham dalam syarikat –Untuk ROC sahaja
  • Penyata Kewangan Terkini sekiranya permohonan dari syarikat daftar perniagaan dibawah ROB/PLT/Sabah/Sarawak/SKM/ROS sahaja
  • Perjanjian Perkongsian wajib dimuatnaik  –sekiranya permohonan dari syarikat  ROB/PLT/Sabah/Sarawak yang beroperasi secara perkongsian
  • Maklumat Syarikat, Perkhidmatan
  • E-Info SSM untuk PLT
  • Lesen Perniagaan (Sabah)
  • Borang B bagi syarikat daftar perniagaan di Sabah
  • Lesen Berniaga (Sarawak)Borang I dan CAP 64 bagi syarikat daftar perniagaan di Sarawak.
  • Pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  • Pendaftaran Pertubuhan / Persatuan (ROS)
  • Senarai ahli lembaga pengarah syarikat (SKM,ROS)
  • Sijil kursus atau apa-apa dokumen yang mempunyai mata CCD wajib dimuatnaik (untuk permohonan pembaharuan). Jika mata CCD diperolehi melalui pekerja asing cth kursus SICW, wajib kemukakan permit pekerja.
  • Sijil Kursus Integriti (bagi permohonan pembaharuan kali pertama)
  • Sijil Kecekapan Pengurusan Bisnes (untuk pembaharuan kali pertama bagi pemohon yang tiada personel teknikal semasa membuat permohonan baru)
  • Sijil Kecekapan Pengurusan Fasiliti (untuk pembaharuan pertama kali dengan kategori F)
  • Sijil Kecekapan Kemahiran Fasiliti (untuk  pembaharuan kali pertama dengan kategori F dan setiap kali pembaharuan (sekiranya personel teknikal yang berpengalaman dalam F berubah)

Kebanyakan dari kelayakan yang diminta oleh CIDB adalah berasaskan kestabilan kewangan dan kekuatan dari sudut teknikal mereka. 

Dengan dokumen-dokumen seperti di atas ini, anda dapat mengurangkan risiko untuk mengambil kontraktor yang tidak kompetan dan mampu menyiapkan projek anda.

Maka pada pendapat kami, pendaftaran CIDB adalah salah satu petunjuk bahawa kontraktor yang anda pilih itu mempunyai kualiti yang lebih baik berbaik berbanding kontraktor tanpa CIDB.

Apakah Gred Kontraktor CIDB?

Keupayaan dan kemampuan sesebuah syarikat kontraktor akan menentukan Gred pendaftaran mereka bersama CIDB. 

Setiap Gred yang mereka peroleh menentukan had tender/kerja yang mereka boleh ambil.

Berikut adalah Gred Kontraktor CIDB dan had tender/projek yang mereka boleh ambil:

GredHad Tender/Projek
G1RM 200,000
G2RM 500,000
G3RM 1,000,000
G4RM 3,000,000
G5RM 5,000,000
G6RM 10,000,000
G7Tiada Had
Gred CIDB Kontraktor

Namun, jika ingin dipecahkan lagi dari 7 gred ini, terdapat pelbagai pecahan gred yang boleh dikhususkan berdasarkan kepakaran-kepakaran kontraktor masing-masing.

Lihat contoh di bawah untuk ringkasan pengkhususan bagi kategori bangunan, awam, mekanikal, elektrikal dan fasiliti:

Kategori CIDB

Apa kaitan Gred CIDB dengan projek pembinaan rumah? Lagi tinggi, lagi bagus ke?

CIDB akan meneliti latar belakang sesebuah syarikat kontraktor itu terlebih dahulu sebelum memberikan mereka Gred.

Sekiranya projek yang mereka ambil sebelum ini adalah projek mega, dan akaun mereka mempunyai wang yang stabil, maka tiada masalah untuk mereka dianugerahkan dengan Gred G7.

Namun..

Adakah Kontraktor G7 ini bagus untuk pembinaan rumah anda? 

Jika kita lihat di rajah di atas, Gred G7 adalah kontraktor yang TIDAK mempunyai had dalam sebarang projek pembinaan. 

Kebiasannya, kontraktor-kontraktor yang memiliki Gred G7 adalah syarikat-syarikat yang besar -yang mempunyai overhead cost yang tinggi. 

Ini bermakna, melainkan anda boleh mencecah RM1 Juta atau lebih, maka mereka hanya akan memperoleh kerugian berbanding keuntungan akibat terpaksa menanggung jumlah pekerja yang ramai tetapi dengan projek yang kecil.

Jadi, pada pandangan kami, kontraktor berdaftar CIDB yang bergred G4 dan ke bawah adalah kontraktor yang ideal antara harga dan tahap kompeten mereka untuk projek pembinaan rumah anda.

Cara Menilai Kontraktor Berdaftar Dengan CIDB

Setelah anda faham bagaimana penilaian yang dibuat oleh pihak CIDB terhadap kontraktor, kini tanggungjawab anda pula untuk menilai sama ada mereka sesuai atau tidak untuk projek pembinaan anda.

1. Anda pergi ke laman web CIDB untuk cari kontraktor berdaftar.

2. Cari kontraktor di Negeri dan Daerah anda (sekiranya ada)

3. Klik Papar untuk melihat status pendaftaran mereka

4. Lihat pada bahagian Kategori – Pastikan mereka memiliki Kod B dan CE untuk kerja-kerja pembinaan dan Kod ME untuk kerja pemasangan barangan elektrik

5. Pilih beberapa kontraktor (atau semua) yang tersenarai dan semak latar belakang kontraktor-kontraktor tersebut. 

Anda boleh melakukan semakan latar belakang kontraktor dengan melihat laman media sosial mereka dan melakukan carian di Google. Dari situ, anda akan nampak perkembangan bisnes mereka sama ada mereka aktif ataupun hanya sebuah syarikat ‘proksi’ – sebuah syarikat yang tiada struktur bisnes dan hanya digunakan sebagai perantara untuk memperoleh projek.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pengambilan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB adalah kayu ukur terhadap kualiti pengurusan dan pembinaan sebelum, semasa dan selepas proses pembinaan itu berlaku.

Oleh itu, Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB mempunyai jaminan yang lebih tinggi untuk projek anda siap seperti apa yang anda inginkan.

Peranan anda sangat penting untuk menilai kapasiti kontraktor bagi memastikan proses pembinaan rumah anda berlangsung tanpa sebarang isu timbul dari kontraktor yang bermasalah.

Usaha yang sedikit ini bukan sahaja bakal menjimatkan ribuan ringgit di masa hadapan, tetapi ia memastikan rumah anda siap seperti apa yang anda inginkan dan selamat untuk diduduki oleh anda dan keluarga anda sendiri.

Anda Ada Persoalan atau Cadangan?

Segala bentuk komen sangat-sangat kami alu-alukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tentang Kami

Kami merealisasikan impian pemilik rumah untuk memiliki rumah yang cantik, selesa didiami dan menjadi simbol kebanggaan dengan memudahkan, mempercepat dan mengurangkan kos pembinaan.

Khas Untuk Anda

Surat Perjanjian Bina Rumah

Elak Ditipu Kontraktor & Projek Rumah Impian Anda Bertukar Menjadi Projek Terbengkalai! —Ratusan Ribu Ringgit Hangus Di Tangan Mereka.

Lindungi Hak Anda Sebagai Pemilik Projek dengan Perjanjian Bina Rumah Dengan Pihak Kontraktor

Apa yang akan anda dapat – Persetujuan harga projek, penentuan skop kerja, pecahan harga quotation, denda lewat siap (Liquidated Ascertained Damage, LAD), tambahan masa projek (Extension of Time, EOT), pembayaran secara progesif (Interim Payment Certificate), tempoh pembaikan kecacatan (Defect Liability Period, DLP), waranti selepas siap, perubahan skop (Variation Order).

Scroll to Top