Projek Lambat Siap? – Bagaimana Anda Boleh ‘Denda’ Kontraktor dan Mendapat ‘Untung’ Dalam Masa Yang Sama.

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Projek Bina Rumah Lambat Siap, Apa Perlu Buat?

Pernah tak anda dengar kes rumah lambat siap sehingga 1-2 tahun?

Kenapa isu seperti ini berlaku?

Terdapat pelbagai sebab yang mungkin terjadi disebabkan masalah luaran atau dalaman kontraktor dan pemilik itu sendiri.

Masalah luaran atau dikenali sebagai Force Majuere adalah seperti kemalangan, cuaca buruk, pandemik, wabak penyakit, peperangan, lockdown atau apa-apa arahan dari pihak kerajaan. Maka masalah luaran seperti ini adalah suatu yang tidak dapat dielakkan oleh kedua-dua belah pihak, maka secara automatiknya, Kontraktor berhak mendapat Tambahan Masa (Extension of Time) dari pihak Pemilik projek.

Manakala untuk masalah dalaman pula berbeza dari sudut pandang pihak Kontraktor dan Pemilik. Sekiranya masalah dalaman itu datangnya daripada pihak Kontraktor dan menyebabkan kelewatan dari segi perlaksanaan projek, maka Kontraktor akan dikenakan denda kelewatan atau dikenali sebagai Liquidated Ascertained Damage (LAD).

Apakah itu LAD?

LAD adalah suatu bentuk denda yang telah dipersetujui melalui Surat Perjanjian Bina Rumah yang termerterai antara kedua belah pihak. Sekiranya berlaku kelewatan siap bina disebabkan oleh Kontraktor, maka LAD akan dikenakan kepada mereka berdasarkan tempoh yang telah dipersetujui.

Bagaimanakah Pengiraan LAD?

Terdapat pelbagai cara untuk mengira LAD, tetapi salah satunya adalah berdasarkan kadar kerugian harian yang ditanggung oleh Pemilik projek. Ia harus ditetapkan sebelum projek bermula dari segi hasil dan cara pengiraan LAD supaya tidak timbul sebarang permasalah apabila ingin mempraktikkannya kelak.

Di dalam contoh ini, kita ambil contoh dalam proses pembinaan rumah. Di bawah adalah contoh pengiraan dan jumlah LAD yang ditetapkan melalui Surat Perjanjian Bina Rumah kami berdasarkan Jumlah Kontrak atau Kerugian Bulanan Tanggungan Pemilik:

Kesimpulan

LAD bukanlah sesuatu denda yang dibuat atas dasar kekejaman terhadap Kontraktor tetapi lebih kepada peringatan kepada Kontraktor agar mereka lakukan kerja secepat yang mungkin dan mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan.

Meskipun ia telah dipersetujui melalui kontrak, tetapi Pemilik projek boleh memberi Kontraktor Tambahan Masa bagi mengelakkan LAD dikenakan secara automatik. 

Walaubagaimanapun, LAD adalah klausa yang WAJIB ada pada Perjanjian yang dibuat antara Pemilik Projek dan Kontraktor. 

Dapatkan contoh Surat Perjanjian Bina Rumah dan lindungi diri anda dari pelbagai lagi isu yang menyebabkan kelewatan projek siap berlaku!

Anda Ada Persoalan atau Cadangan?

Segala bentuk komen sangat-sangat kami alu-alukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tentang Kami

Kami merealisasikan impian pemilik rumah untuk memiliki rumah yang cantik, selesa didiami dan menjadi simbol kebanggaan dengan memudahkan, mempercepat dan mengurangkan kos pembinaan.

Khas Untuk Anda

Surat Perjanjian Bina Rumah

Elak Ditipu Kontraktor & Projek Rumah Impian Anda Bertukar Menjadi Projek Terbengkalai! —Ratusan Ribu Ringgit Hangus Di Tangan Mereka.

Lindungi Hak Anda Sebagai Pemilik Projek dengan Perjanjian Bina Rumah Dengan Pihak Kontraktor

Apa yang akan anda dapat – Persetujuan harga projek, penentuan skop kerja, pecahan harga quotation, denda lewat siap (Liquidated Ascertained Damage, LAD), tambahan masa projek (Extension of Time, EOT), pembayaran secara progesif (Interim Payment Certificate), tempoh pembaikan kecacatan (Defect Liability Period, DLP), waranti selepas siap, perubahan skop (Variation Order).

Scroll to Top