Adakah Anda Yakin?

Dengan Pilihan Kontraktor Anda...

Pelajari sebuah kisah seorang bakal pesara kerajaan yang hilang wang simpanan beliau dalam sekelip mata akibat ditipu kontraktor. Anda mungkin akan senasib dengan beliau sekiranya anda membuat tindakan yang sama.

Kontraktor Dari Neraka, Bertopengkan 'Malaikat'...

Amin (bukan nama sebenar) mempunyai hasrat untuk membina sebuah rumah di kampung halamannya di Banting, Selangor.
 
Dengan tarikh persaraannya kurang daripada setahun, Amin ingin mencari kontraktor yang boleh merealisasikan hasratnya.
 
Setelah puas meminta dan meneliti setiap quotation dari kontraktor, Amin pun buat keputusan untuk memilih Kontraktor A atas sebab harga yang paling murah.
 

Amin setuju dengan harga yang diberikan (RM180,000) untuk rumah berkeluasan 1,657 Sqft.

Projek Bermula

Kontraktor A bergerak masuk ke tapak dan memulakan pembinaan. Jentera dan bahan-bahan binaan mula diletak di pesisiran sempadan.

Kerja-kerja pembinaan sudah dijalankan sehingga mencecah 30%.

Mereka pun meminta Amin untuk melunaskan pembayaran sebanyak RM92,517.

Walaupun nombor itu kelihatan banyak, disebabkan hasil yang Amin nampak,  beliau akur akur.

Di sini detik hitamnya bermula…

Apabila pembayaran sudah dibuat, para pekerja kontraktor satu-per-satu hilang.

Dengan keadaan yang kelihatan pelik seperti itu, Amin terasa gusar dan cuba untuk call pemilik Kontraktor A.

Panggilan tidak terjawab. Dan mesej tidak terbalas.

Lama kelamaan, tiada lagi pekerja di tapak pembinaan.

Maka, terbongkarlah jawapan bagi segala persoalan…

Kontraktor A sebenarnya TIDAK PERNAH MEMBAYAR pekerja mereka walaupun sesen pun!

Kontraktor tersebut menjanjikan bayaran diberi kepada pekerja setelah memperoleh wang dari Amin. Tapi semua itu pembohongan semata-mata.

Amin mula berasa panik.

Amin ingin ambil tindakan undang-undang. Tapi pihak mahkamah meminta Amin untuk kemukakan bukti hitam putih kepada mereka.

Malangnya…

Amin TIADA Bukti tersebut.

Permohonan untuk bangkitkan kes Ditolak dan kerugian wang ringgit Terpaksa ditanggung oleh Amin.

Lebih perit lagi, duit RM92,517 itu adalah hasil usahanya bekerja selama 30 tahun di sektor awam.

Projek Amin terbengkalai sehinggalah sekarang kerana tiada kontraktor baru yang berani sambung projek-projek tinggalan seperti ini.

Kalau Cerita Di Atas Tidak Cukup, Lihat Lagi Kes-Kes Di Bawah..

Kes penipuan oleh kontraktor yang tidak bertanggungjawab bukan perkara yang asing di negara kita. Setiap hari, ada sahaja kes yang dilaporkan. Kos yang ditanggung bukannya rendah, ia boleh mencecah ratusan ribu ringgit!

Di sini, kami ingin kongsikan sesuatu dengan anda untuk lindungi diri anda dari kes-kes penipuan seperti ini...

Corak Permainan Kontraktor Dari NERAKA

...yang WAJIB anda tahu sebelum melantik mana-mana kontraktor.

Setelah menganalisa hampir 673 buah kes projek terbengkalai di seluruh Malaysia…

…kami AKHIRNYA menjumpai corak permainan kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab ini dengan JELAS.

Sepanjang proses analisa ini berlaku, kadang kala kami menjumpai corak permainan mereka , tetapi kebanyakannya membawa kami ke “jalan mati”…

Setelah membuat pelbagai rujukan dari sumber-sumber yang sulit mahupun yang diterbitkan di khalayak umum…

…Akhirnya, kami memiliki jawapan yang kami inginkan selama ini…

Corak Penipuan Kontraktor Telah Kami Jumpai…

Dan ia bukanlah seperti yang anda sangka!

Ia TIADA kaitan dengan:

  • Bajet Tuan Rumah Terlampau Rendah
  • Tuan Rumah Tidak Mempunyai Ilmu Pembinaan
  • Tersalah Pilih Kontraktor

Tetapi, ia adalah sangat berkait rapat dengan:

  • Skop kerja yang tidak jelas
  • Pembayaran dibuat mendahului progress
  • Tiada perbincangan tentang harga (semuanya Lump Sum)
  • Tiada hitam putih untuk sebarang perubahan yang berlaku
  • Kontraktor tidak faham tuan rumah
  • Kertas kerja yang tidak sah dari segi undang-undang

Lindungi Diri Anda & Keluarga Anda...

Dapatkan Surat Perjanjian Bina Rumah masuk terus ke emel anda. Jika anda tidak berpuas hati, kami akan pulangkan 100% wang yang anda telah bayar!

Klik butang di atas dan akan dibawa ke ruangan pembelian. Dapatkan sementara promosi masih ada.

Ini adalah satu-satunya cara..

Lindungi Hak Anda — Elak Dari Penipuan Kontraktor

Miliki kuasa untuk memastikan rumah yang dibina mematuhi spesifikasi, masa dan bajet yang anda berikan.

Kontraktor yang berpengalaman (dan juga tidak bertanggungjawab) boleh memanipulasi anda dengan pelbagai kos tambahan dan alasan lambat siap kepada anda.

Jadi, apakah cara terbaik untuk mengawal mereka?

Jawapannya: Hanya dengan melaksanakan Tindakan Undang-Undang, kontraktor akan melutut meminta maaf kepada anda.

Meronta-ronta kerana takut lesen CIDB mereka ditarik.

Tetapi, anda perlu tahu…

Tindakan undang-undang hanya boleh diambil sekiranya anda mempunyai BUKTI yang KUKUH untuk menyabitkan mereka dengan kesalahan.

Di sinilah pentingnya untuk miliki PERJANJIAN YANG SAH di sisi undang-undang:

An *Arbitration Agreement is defined in Section 9 of the Arbitration Act as an “agreement by the parties to submit to arbitration all or certain disputes which have arisen or which may arise between them in respect of a defined legal relationship… – ACERIS Law, International Arbitration Law Firm 

*Arbitration adalah sebuah pengadilan yang biasa dipraktikkan di dalam industri pembinaan di Malaysia. Arbitrator akan bertindak sebagai Hakim dalam pengadilan sekiranya timbul sebarang isu berkaitan dengan kontrak yang ditandatangani.

Ya! Betul tu, anda wajib mempunyai Perjanjian Yang Sah sebelum membawa sebarang kes ke peringkat mahkamah!

“Tapi…Takkan projek kecik macam nak bina rumah ni perlukan sebuah perjanjian? Bukan projek berjuta-juta pun.”

Ya, kami faham. Mungkin anda ada lebih duit ratusan ribu ringgit di bank.

Tapi untuk kebanyakan orang, duit lebih dari RM1,000 pun dah cukup banyak!

Apatah lagi apabila meminjam sehingga ratusan ribu ringgit yang memerlukan pinjaman berpuluh tahun daripada pihak bank.

Apabila Perjanjian sudah ditandatangani oleh kedua belah pihak, kontraktor khususnya tiada lagi ruang untuk berdalih dan lari dari tanggungjawab mereka —iaitu untuk membina RUMAH IDAMAN ANDA.

Memiliki..

Dokumen Perjanjian

adalah cara yang terbaik untuk membina rumah yang anda impikan selama ini..

..tanpa buat anda risau tentang kes-kes seperti:

  • Projek Terbengkalai
  • Kontraktor Lari
  • Rumah Runtuh Selepas Sebulan Duduk

Jangan lakukan kesilapan ini:

Ramai pemilik rumah enggan membuat perjanjian hitam putih dan ingin terus membina rumah mereka atas dasar percaya.

Kami telah mengkaji terlampau banyak kes penipuan akibat dasar ‘kepercayaan’ ini dan corak permainan yang mereka main untuk menipu anda. Dan hasilnya kami menjumpai Formula Rahsia yang anda boleh gunakan untuk menyelamatkan diri anda dari ditipu kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab ini.

Jimat RM10,000 Dari Poket Anda!

Berdasarkan survey yang kami jalankan, setiap kos penghasilan kontrak atau perjanjian pembinaan bergantung kepada saiz projek tersebut.

Kos-kos yang terlibat dalam penghasilan dokumen perjanjian ini adalah:

  • Legal Fee atau Fi Guaman (1%-3% dari Harga Projek)
  • Professional Fee atau Kos Pengendalian Dokumen (1%-3% dari Harga Projek)

Sekiranya anda ingin membina rumah berharga RM500,000, maka jumlah minimum yang anda perlu sediakan sebelum membina rumah anda adalah RM10,000 untuk membayar kos lantikan peguam sahaja!

Lindungi Diri Anda & Keluarga Anda...

Dapatkan Surat Perjanjian Bina Rumah masuk terus ke emel anda. Jika anda tidak berpuas hati, kami akan pulangkan 100% wang yang anda telah bayar!

Klik butang di atas dan akan dibawa ke ruangan pembelian. Dapatkan sementara promosi masih ada.

Di dalam Dokumen Perjanjian Ini, anda akan miliki terma dan syarat yang mencapai

Gaya Penulisan yang 100% Mudah Difahami!

Jom Kita Intai Apa Yang Ada Di Dalam Dokumen Perjanjian Bina Rumah Ini:

Muka Hadapan

Tampil professional dan meyakinkan apabila berjumpa dengan pihak kontraktor. Rekaan yang minimal dan konsisten memastikan kontraktor lebih yakin untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Bahagian 1 - Artikel Perjanjian

Lindungi hak anda sebagai pemilik projek dengan terma & syarat asas yang kontraktor harus patuhi sepanjang proses pembinaan rumah anda berjalan. Bahagian ini bertindak sebagai terma yang merangkumi setiap aspek di dalam Dokumen Perjanjian.

Bahagian 2 - Syarat-Syarat Perjanjian

Kontraktor wajib melaksanakan setiap tugasan mereka berdasarkan Bahagian 2 ini. Menggariskan panduan-panduan yang perlu diikuti oleh kedua belah pihak, ia memastikan perjalanan pembinaan lebih mudah dan efisien.

Bahagian 3 - Lampiran

Di bahagian ini skop kerja dan pelan lukisan akan dilampirkan sebagai rujukan Kontraktor dan anda sebagai Pemilik Rumah.

...Dan Banyak Lagi!

Kami Tawarkan Jaminan Yang “Gila” —Khas Untuk Anda

Kami 100% yakin bahawa anda akan mendapat manfaat daripada Surat Perjanjian ini, jika tidak, kami akan kembalikan wang yang telah anda bayar. No problem! Betul tu. Anda rasa tiada manfaat, anda boleh simpan surat tersebut. Hanya emel kepada kami dan kami akan berikan anda semula wang yang telah anda bayar itu.  

Surat Perjanjian Bina Rumah

Dengan surat perjanjian ini, anda dijamin untuk terlindung daripada menjadi mangsa penipuan kontraktor bina rumah.

Scroll to Top